Pemotong rumput rogol adik ipar dipenjara 28 tahun, 24 sebatan

KUALA TERENGGANU — Mahkamah Sesyen di sini memutuskan hukuman penjara 42 tahun 30 sebatan ke atas seorang pemotong rumput bagi tiga pertuduhan merogol adik iparnya berusia 12 tahun pada 2021.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh, 39, didapati salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun di sebuah sebuah rumah di Marang antara Februari hingga Julai 2021.

Berdasarkan keputusan hakim, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan untuk setiap pertuduhan dengan hukuman penjara bermula tarikh sabitan iaitu hari ini.

Bagaimanapun tertuduh hanya akan menjalani hukuman penjara keseluruhan 28 tahun memandangkan mahkamah mengarahkan hukuman pertuduhan kedua dan ketiga berjalan serentak sebaik tertuduh selesai menjalani hukuman penjara bagi pertuduhan pertama.

Tertuduh juga hanya akan menjalani hukuman 24 sebatan berdasarkan had maksimum dibenarkan mengikut Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah.

Mahkamah turut membenarkan penangguhan hukuman penjara terhadap tertuduh dengan jaminan RM35,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab Latif.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear