Pengebom berani mati membunuh sekurang-kurangnya 10 di sebuah restoran, timur laut Nigeria

ABUJA, Nigeria – Seorang pengebom berani mati di negeri timur laut Nigeria, Borno, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan beberapa yang lain dalam satu letupan di sebuah restoran, kata polis pada Sabtu.

Letupan berlaku di kawasan Konduga lewat Jumaat, kata jurucakap polis Nahum Daso kepada The Associated Press (AP).

Pengebom berani mati itu dapat menyelinap tanpa disedari kerana hujan lebat, kata Ismail Ahmed, seorang penduduk Konduga.

Pekan ini terletak kira-kira 30 kilometer (20 batu) dari Maiduguri, ibu negeri Borno.

Media tempatan melaporkan, mereka yang cedera dalam serangan itu telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan. Mereka juga melaporkan, pengebom adalah wanita.

AP