Penguat kuasa DBKL didakwa lindungi premis Ali-Baba

KUALA LUMPUR — Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM13,000 terhadap seorang pembantu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas lima pertuduhan bagi melindungi premis yang menggunakan lesen Ali Baba.

Tertuduh, Syahrul Riza Md Yusof, 42, mengaku bersalah atas lima pertuduhan mendapatkan wang bernilai RM1,200 di Pasar Harian Selayang, di sini, antara 27 Disember 2022 hingga 20 Jun 2023.

Pengakuan itu dibuat tertuduh di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi dengan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras.

Selepas membuat pengakuan itu, Syahrul Riza yang berpendapatan RM3,000 sebulan memohon pertimbangan mahkamah bagi meringankan hukumannya kerana menanggung dua anak dan menjaga ibu bapa serta komitmen pinjaman bank.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat dan tanda mahkamah serius membanteras rasuah daripada menjadi barah.

Hakim kemudian memutuskan tertuduh bersalah dengan setiap empat pertuduhan didenda RM2,500 atau hukuman penjara enam bulan, manakala RM3,000 atau lima bulan penjara bagi satu lagi pertuduhan.

Bagi pertuduhan satu hingga tiga pula, Azura mempertimbang tuduhan itu sebagai ‘take into consideration’ mengikut Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Sementara itu dalam prosiding di mahkamah sesyen berlainan, dua lagi pembantu penguat kuasa DBKL mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membabitkan kes sama di depan Hakim Suzana Hussin.

Kedua-dua pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Atiqah Ab Razak.

Muhammad Syawal Riezqan Jauhar, 28, mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan menerima wang bernilai RM4,800 daripada seorang individu di Pasar Harian Selayang di sini, di antara 26 Oktober 2022 hingga 15 Ogos 2023.

Mahkamah menetapkan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur, menyerahkan pasport serta tidak menganggu atau berhubung dengan saksi sehingga perbicaraan selesai.

Sementara itu, Amran Mat Dali, 45, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima RM100 daripada individu sama di tempat sama antara 10.30 malam, 19 April 2023.

Atiqah menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada minggu pertama setiap bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah serta dilarang menghampiri saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai.

Bagaimanapun, peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim memohon jaminan dikurangkan paling minimum dengan alasan anak guamnya berpendapatan RM3,500 selain menyara isteri dan tiga anak masih bersekolah serta bapanya yang berusia 70 tahun.

Hakim kemudiannya memutuskan denda RM5,000 dengan seorang penjamin serta tiga syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 18 dan 19 September ini masing-masing untuk sebutan semula kes Amran serta Muhammad Syawal.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear