JOHOR BAHRU – Penolong jurutera sebuah universiti awam di sini, yang ditahan semalam kerana dipercayai menyalah guna kuasa dalam sebuah projek menaik taraf infrastruktur di institusi itu, direman tujuh hari bermula hari ini hingga 3 Mac depan.

Majistret Nur Fatin Mohamad Farid membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Permohonan itu susulan Ops Steel dilaksanakan SPRM bagi menyiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, penolong jurutera sebuah universiti awam dilaporkan ditahan semalam, kerana dipercayai menyalah guna kuasanya dalam sebuah projek binaan menaik taraf infrastruktur di institusi itu.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam tadi di Pejabat SPRM Johor.

Dia dipercayai menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai wakil universiti bagi sebuah projek menaik taraf infrastruktur dan sistem mekanikal, elektrikal serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bernilai lebih RM13 juta.

Sumber berkata, lelaki itu dipercayai melupuskan sisa binaan projek berkenaan sehingga menyebabkan universiti mengalami kerugian dianggar sehingga RM500,000.

BH ONLINE


Facebook Posts

3 days ago

Berita Free

(Hot Dealz)Tudung Bawal Sulam Cotton SOPHIA Embroidery Premium Plain Scarf // Tudung Hijab Veil Sulam Klasik Ready Stocks.shopee.com.my/30ZsFUkZWf

See MoreSee Less

View on Facebook