NILAI — Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kenderaan yang dikatakan melanggar lampu isyarat merah dekat persimpangan Persiaran Teknologi, Bandar Enstek, di sini, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, nahas kira-kira jam 7.40 itu menyebabkan lelaki berusia 53 tahun cedera parah pada kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Kemalangan membabitkan motosikal jenis Honda Vario ditunggang seorang lelaki dengan Perodua Aruz dipandu seorang wanita berusia 39 tahun.
“Siasatan awal mendapati ketika kejadian pemandu Perodua Aruz dalam perjalanan dari arah Tiara Sendayan menghala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Pemandunya dipercayai gagal berhenti ketika lampu isyarat merah di persimpangan itu lalu melanggar penunggang motosikal yang datang dari arah sebelah kanan,” katanya, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BH ONLINE