Penyelam jumpa beg Aina Husna

CHUKAI — Sebuah beg sandang milik Aina Husna Mohamad Mohamad Husaini, 24, mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot karam dilanggar sebuah tongkang ditemui pasukan penyelamat.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman, Muhamad Faisal Abdul Rahim berkata, beg sandang berwarna hitam itu ditemui pasukan penyelam di dasar laut.

Menurutnya, beg sandang itu ditemui pasukan penyelam yang membuat selaman pada kedalaman kira 30 meter.

“Barang itu telah disahkan bakal tunang Aina Husna, Muhammad Nor Iqbar Shaharuddin,27, serta tekong bot, Saipul Ridzuan Osman,50.

“Ia mengandungi beberapa barangan peribadi mangsa termasuk lampu kepala, dua buah lampu suluh, kipas tangan, segugus kunci dan pengecas telefon.

“Selepas selaman dilakukan pada lokasi kedua pada kedalaman dalam jarak kira-kira 120 meter dari lokasi kejadian, kita menemui barang itu secara berasingan namun kita gagal menemui bangkai bot, ” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Zon Maritim Kemaman, petang tadi.

Selain itu, Muhamad Faisal berkata, pasukan penyelam menemui sebatang kayu cota dan sebuah pinggan milik tekong bot.

“Operasi selaman yang kita lakukan pada hari ini berpandukan pada lokasi yang ditunjukkan tekong bot yang menggunakan bot dilengkapi teknologi ‘sounder’ untuk mengesan objek dan lokasi kejadian, ” katanya.

Beliau berkata, sembilan penyelam dari Skuadron Selam, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia terbabit dalam pencarian itu.

“Pasukan penyelam turut berdepan kesukaran berbanding selaman hari pertama semalam berikutan dasar laut berarus deras.

“Biarpun keadaan cuaca yang baik namun jarak penglihatan yang sangat terhad,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Nor Iqbar berkata, dia sangat yakin beg sandang yang ditemui pasukan penyelamat milik Aina Husna.

“Saya yang meletakkan kesemua barangan itu dalam beg sandang itu sebelum dia bertolak ke Kemaman pada sabtu, ” katanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi, bot naiki sembilan pemancing termasuk dua tekong yang berlabuh dilokasi kejadian dilanggar sebuah tongkang yang menyebabkan dua mangsa iaitu Siti Zamimah Mohman Zobini, 29, yang berasal dari Selayang, Selangor dan tekong tempatan, Shahril Ismail, 50, meninggal dunia.

Selain Aina Husna, Yusof Kassam, 66, masih belum ditemui sementara lima lagi mangsa berjaya diselamatkan.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear