Polis cederakan OKU sudah dikenakan tindakan tatatertib – KPN

KUALA LUMPUR — Anggota polis yang disyaki mencederakan pemandu e-hailing Orang Kelainan Upaya (OKU) di St Regis, pada 28 Mei lalu, kini sedang dikenakan tindakan tatatertib.

Tindakan itu dilaksanakan serta-merta susulan siasatan dalaman yang dijalankan oleh pihak Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) awal Jun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mana-mana anggota yang melakukan kesalahan tatatertib itu berhadapan dengan pelbagai tindakan seperti amaran, tahan kenaikan gaji, gantung kerja dan diturunkan pangkat.

“Tindakan terhadap anggota yang melakukan kesalahan ini sudah dilaksanakan pada peringkat awal lagi sebaik pihak JIPS selesai menjalankan siasatan dalaman.

“Selain itu, siasatan terhadapnya juga turut dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan,” katanya kepada BH, hari ini.

Razarudin turut menegaskan seperti yang sering dinyatakan sebelum ini bahawa pihaknya tidak pernah melindungi mana-mana pegawai atau anggota polis yang melakukan apa juga kesalahan.

Beliau mengulas perkara itu susulan kenyataan peguam N Surendran, yang mewakili mangsa pemandu e-hailing OKU, Ong Ing Keong, 48, yang mempersoalkan tindakan oleh pihak polis dan pejabat Peguam Negara dalam kes berkenaan.

Surendran berkata, selepas lebih dua bulan, tiada sebarang tindakan dilakukan terhadap suspek yang disyaki mencederakan Ing Keong.

Dia juga turut mendakwa sudah mengajukan persoalan sama kepada Peguam Negara, namun tiada sebarang maklum balas yang diterima.

Dalam kejadian itu, Ing Keong, membuat laporan polis dicederakan juruiring kepada orang kenamaan semasa dia sedang berhenti untuk mengambil penumpang di Hotel St Regis, KL Sentral, di sini.

Seminggu selepas kejadian iaitu pada 5 Jun lalu, Razarudin mengesahkan bahawa polis sudah melengkapkan kertas siasatan serta sudah merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR)untuk tindakan selanjutnya.

Kertas siasatan telah di hantar semula ke pejabat TPR selepas mendapat arahan siasatan lanjut pada 22 Julai lalu.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear