‘Pulangkan semula ayah kami dengan selamat, sudah 15 hari tiada khabar berita’

BALING — Seorang lelaki mengesyaki bapanya yang juga pesara pegawai kewangan FELCRA dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa pemindahan wang ke akaun bank pihak lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangan mangsa.

Menurut Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25, dia yakin bapanya, Sabari Baharom, 62, yang hilang sejak 3 September lalu masih hidup biarpun kereta dipandu bapanya ditemui penduduk terbakar di Belantik Sik dan dimaklumkan mengenainya kelmarin.

Katanya, selepas meneliti beberapa akaun bapanya melalui aplikasi dalam talian terdapat pemindahan wang dari akaun Tabung Haji bapanya ke akaun Bank Islam seterusnya ke akaun Maybank milik seorang wanita.

“Selepas penelitian pihak polis melalui sistem kamera litar tertutup didapati pada 4 dan 5 September kelihatan seorang wanita melakukan transaksi wang daripada akaun ayah.

“Kami tidak tahu apa niat mereka sebenarnya mengambil wang ayah, walau apapun jika ayah masih dalam genggaman mereka, harap pulangkan semula ayah kami dengan selamat, kami amat merinduinya, sudah 15 hari kami tiada khabar berita mengenainya,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, hari ini.

Amir Hakimi berkata bapa mereka sangat baik dan penyayang dan mereka tiada sebarang masalah dengannya.

Katanya, bapa sering berulang alik ke rumah dia dan kakak sulungnya, Suraiya Izzaty Sabari, 29, di Sungai Petani untuk melihat dua cucunya (anak sulung Muhammad Amir Hakimi dan anak sulung Suraiya Izzaty) yang baharu lahir.

Muhammad Amir Hakimi berkata beberapa hari sebelum kehilangan bapanya, bapanya menghubunginya untuk menghantar ubat-ubatan dan ramuan herba tradisional untuk mengubati bayinya yang terkena jangkitan demam kuning.

“Biasanya jika ayah menelefon memberitahu dia hendak datang le rumah, pastinya sama ada hari itu atau keesokkan dia akan datang, tetapi sehingga ke hari ini terus hilang, inilah yang merisaukan kami,” katanya .

Anak sulung Sabari, Suraiya Izzaty, berkata mereka tidak pernah duduk diam malah sentiasa sahaja mencari khabar melalui beberapa petunjuk seperti penelitian dan pergerakan akaun simpanan bapa dan berjumpa keluarga dan rakan bapa mereka.

“Sebelum ini kami agak buntu dan memikirkan ke mana ayah pergi dan menghilangkan dirinya, tetapi selepas penemuan sebuah kereta Proton Waja berwarna emas milik ayah yang dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, Jumaat lalu, kes kehilangan ayah dikategorikan sebagai kes jenayah.

“Alhamdulillah ayah tiada dalam kereta yang terbakar itu, namun kami masih merasa risau keadaannya.

“Kami membantu polis mendapatkan maklumat mengenai ayah yang mana ia sedikit sebanyak boleh membantu dan memberi petunjuk untuk siasatan, saya amat mengharapkan segala kemusykilan dan misteri kehilangan ayah dapat dirungkai dengan segera,” katanya yang bertugas sebagai doktor.

Menurutnya, bapa seorang yang amat teliti berhubung pengeluaran wang dan sangat mengikuti perkembangan semasa termasuk mengenai penipuan dalam talian.

“Rutin ayah selepas pencen lazimnya solat berjemaah di masjid… sarapan bersama jemaah di kedai, pergi ke kebun… dia juga tidak suka bermewah.., hidup biasa-biasa sahaja,” katanya.

Suraiya Izzaty merayu sesiapa yang melarikan bapa mereka supaya segera memulangkan bapa mereka dalam keadaan selamat dengan meninggalkan di tempat yang mudah ditemui.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear