Remaja maut motosikal, 4 pacuan roda bertembung di Sungai Pas

KUALA KRAI — Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan pacuan empat rod di Jalan Chuchuh Puteri A, dekat Sungai Pas, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata Mohamad Asyraf Mohd Asri, 18, disahkan meninggal di lokasi kemalangan akibat mengalami kecederaan parah.

Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan jam 8.15 malam itu berlaku apabila Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 61 tahun dari arah Chuchuh Puteri B menghala ke Chuchuh Puteri A memotong motosikal Modenas Kriss MJ110 yang berada di hadapan laluannya.

“Pada masa yang sama, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR datang dari arah bertentangan. Bagaimanapun tindakan pemandu Toyota Hilux yang masuk ke laluan mangsa ketika memotong menyebabkan kedua-duanya bertembung.

“Mangsa tercampak di bahu jalan selain motosikalnya turut oleh dirempuh oleh penunggang motosikal Modenas Kriss MJ110,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mazlan berkata akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Katanya, mayat mangsa di bawa ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk dibedah siasat.

“Pemandu Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan manakala penunggang dan pembonceng motosikal Modenas Kriss MJ110 cedera pada bahagian kaki sebelah kiri,” katanya.

Mazlan berkata kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear