Rezeki banjir: Lampam 4kg mendarat dalam lukah

SEGAMAT — Seorang nelayan darat tidak menyangka banjir baru-baru ini membawa ‘rezeki terpijak” kepadanya apabila mendapat ikan lampam seberat 4 kilogram (kg) di Sungai Takam, dekat Kampung Tekam di sini, semalam.

Salleh Mohd Rosdi, 53, berkata ikan lampam sebesar itu ditemui terperangkap dalam lukahnya jam 6 petang semalam.

“Selepas lapan jam memasang lukah, ketika hendak tarik ke darat saya berasa ia sangat berat. Sebaik lukah di permukaan air baharulah saya nampak lampam besar itu,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Tekam, hari ini.

Menurut Salleh harga ikan lampam di pasaran kini sekitar RM18 hingga RM25 sekilogram dan harga ikan lampam yang dijumpai itu mampu mencecah sekitar RM90.

“Harga itu adalah harga ikan yang telah mati. Kalau ikan ini masih hidup harganya akan mahal tiga kali ganda.

“Semalam ada orang hubungi nak beli ikan ini sekiranya masih hidup. Bagaimanapun, ikan itu sudah mati selepas beberapa jam dan dijadikan hidangan keluarga.

“Seumur hidup ini kali pertama tengok ikan lampam sebesar ini. Sebelum ini pun paling besar saya pernah lihat seberat sekilogram atau dua kilogram sahaja,” katanya.

BH ONLINE

JERUK MANGGA PAPA LARIS 2.0 (Beli 4 Pack Percuma 1 Tudung – Stock Terhad)
MINYAK WANGI WANITA EDP (PALING LARIS 2025)
KACANG GAJUS GORENG cashew nut gajus goreng 1kg nuts gajus ekonomi
16/20/24 Inch Abs Hardshell Lightweight Carry On Suitcase Luggage GY beg bagasi