BANDARAYA MEXICO — Rombongan presiden terpilih Mexico, Claudia Sheinbaum mengalami kemalangan pada Jumaat, kata pasukannya dalam satu kenyataan, menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera, walaupun kereta yang dinaiki Sheinbaum tidak terlibat.

Sheinbaum berhenti untuk memeriksa orang yang cedera, yang ketika itu sedang dirawat oleh pasukan kecemasan selepas nahas di Monclova, sebuah bandar di utara negeri Coahuila, menurut pasukannya.

“Kami amat kesal kerana seorang maut dalam kenderaan lain,” kata kenyataan itu.

REUTERS