KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Ruhainies didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada 21 Februari lalu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat.

Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dalam kenyataan hari ini mengumumkan, pasangan yang ditahan tahun lalu itu menukar pengakuan kepada bersalah.

Pada 3 Julai tahun lalu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

“Pada tarikh sebutan lepas iaitu pada 17 Oktober tahun lalu, ditetapkan tarikh 20 dan 27 Februari lalu untuk sambung bicara selepas kedua-duanya mengaku tidak bersalah.

“Bagaimanapun, peguam syarie tertuduh melalui surat bertarikh 18 Februari lalu memaklumkan kedua-dua anak guam berhasrat untuk menukar pengakuan dan memohon kepada pihak Mahkamah untuk pindaan tarikh pada 21 Februari.

“Selepas pertuduhan dibacakan semula dan kedua-duanya menukar pengakuan kepada bersalah. Atas pengakuan bersalah itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah mensabitkan kesalahan ke atas kedua-keduanya dan menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda,” katanya.

Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies kemudian membayar denda itu.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies masing-masing dituduh di bawah seksyen 27 (a) dan 27 (b) Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta559], atas kesalahan berkhalwat.

Sebelum itu, pada 20 Jun tahun lalu Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat mereka yang berlaku di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Media sebelum ini melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Sumber dilapor berkata, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) adalah berdasarkan maklumat awam.

Pasangan selebriti yang sibuk menjalani penggambaran drama itu, dilapor ditahan di kediaman milik pelakon wanita terbabit.

Rentetan insiden itu, Aliff dan Ruhainies masing-masing tampil memberi penjelasan menerusi hantaran Instagram berhubung kontroversi tercetus.

Aliff dilapor menjelaskan tiada apa yang berlaku antara dirinya dan Ruhainies ketika diserbu Jawi di kondominium itu.

BH ONLINE


Facebook Posts

5 days ago

Berita Free

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Berita Free

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampung

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Berita Free

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Berita Free

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Berita Free

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook