KUALA LUMPUR – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Russia, Sergei Shoigu di Putrajaya hari ini, mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara Russia-Malaysia

Dalam catatan di Facebook hari ini, Anwar berkata, pelbagai perkara penting dibincangkan bersama yang diberi perhatian dalam pertemuan itu termasuk terkait bidang tertentu seperti ekonomi dan keselamatan.

“Hari ini saya menerima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Russia, Sergei Shoigu yang dalam lawatan kerja ke Malaysia.

“Dalam pertemuan, kami terus membincangkan beberapa perkara penting dalam meningkatkan hubungan dua hala termasuk isu pertahanan, keselamatan, ekonomi, perbankan, sains dan teknologi, keselamatan siber, jaringan perhubungan serta bidang latihan,” katanya.

Sewaktu pertemuan itu juga, Perdana Menteri berpeluang berkongsi hasil pertemuannya dengan Presiden Russia, Vladimir Putin sewaktu menghadiri Forum Ekonomi Timur pada tahun lalu.

“Saya juga berkongsi hasil pertemuan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin sewaktu menghadiri Forum Ekonomi Timur pada September 2024.

“Ia satu platform penting untuk mempelbagaikan usaha diplomasi ekonomi negara dan meningkatkan kerjasama dengan negara anggota melalui inisiatif bersama serta perkongsian strategik.

“Sebelum pulang, saya zahirkan penghargaan di atas lawatan ini yang pastinya bakal membawa kepada kerjasama yang bermakna pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

BH ONLINE


Facebook Posts

3 days ago

Berita Free

(Hot Dealz)Tudung Bawal Sulam Cotton SOPHIA Embroidery Premium Plain Scarf // Tudung Hijab Veil Sulam Klasik Ready Stocks.shopee.com.my/30ZsFUkZWf

See MoreSee Less

View on Facebook