Sanusi akui berpoligami dengan pegawai polis

KUALA NERANG — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui beliau sudah berkahwin dengan seorang anggota polis, baru-baru ini.

Beliau berkata, pengakuan itu dibuat kerana beliau tidak mahu kisah peribadinya terus menjadi bualan dan menjadi spekulasi sehingga ada yang mendakwa beliau ditangkap berkhalwat.

“Ada ka saya kena tangkap khalwat, tak patut sungguh, saya kahwin dengan anggota polis, isteri saya (Tok Puan Seri Jusmalailani Jusoh) pergi meminang dia, pinangan itu dibuat berbulan-bulan dah. Alhamdulillah sempurna, teratur. Dia seorang ibu tunggal anak satu.

“Ketika perkahwinan isteri saya ada, anak-anak saya pun hadir dan semua proses (prosedur) dipatuhi. Saya tak berhasrat untuk buat pengumuman, saya nak elak benda sensasi yang tak perlu ini.

“Saya pun kesian tengok hangpa (wartawan) ligan (kejar) saya, saya pun kasihan, saya rasa tak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi. Depa kata tok lebai PAS ni kira menikah je kan?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan geran hak milik kepada penduduk di Dewan Komuniti FELCRA Belimbing Tualak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau tidak mahu terus mengeruhkan keadaan kerana dalam Islam adalah haram menjaja mengenai rumah tangga orang lain.

Menyentuh mengenai perkenalan dengan isteri baharunya itu, Sanusi berkata, perkenalan bermula apabila wanita itu terbabit dalam siasatan kes sebuah kabin kontena kosong yang dijadikan stor dalam kawasan kediaman rasmi menteri besar terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

“Isteri (baharu) saya bukan penyiasat REE (unsur nadir bumi), dia penyiasat… ada satu pengeboman di kediaman rasmi menteri besar, bom itu pun dah meletup, kontena itu terbakar.

“Saya jumpa beliau kali pertama dan kali terakhir atas siasatan bom, jadi polis datang ramai-ramai ambil ‘statement’ (kenyataan) sebab siasatan. Lepas itu dia jadi kawan isteri saya, dia ada mengaji di kuliah sama dengan isteri, tak ada kawan dan berjumpa, lepas kahwin saya bercinta.

“Saya nak maklumkan pada tuan-tuan, percintaan selepas perkahwinan lebih indah daripada percintaan sebelum berkahwin. Harap lepas ini tak ada spekulasi apa-apa lagi hal peribadi hal rumah tangga, tak eloklah diheret merata-rata, hormati privasi saya, keluarga saya dan anak saya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi menafikan kenyataannya berhubung dia berjaya menangkap orang yang mahu menangkapnya semasa berucap pada Sidang Kemuncak State Government (SG4) baru-baru ini mempunyai kaitan dengan isteri baharunya itu.

Kenyataan itu sebaliknya ditujukan berkaitan serangan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution mengenai perlombongan unsur nadir bumi (REE).

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear