VIENNA – Sebuah pesawat kecil yang berlepas dari negara jiran Jerman terhempas di Pergunungan Alps Austria pada Sabtu, mengorbankan semua empat orang di dalamnya, kata pihak berkuasa.
Pesawat kipas itu terhempas dekat Wald im Pinzgau, di wilayah Salzburg, pada 12:45 tengah hari waktu tempatan dan nampaknya terbakar.
Polis berkata tiga lelaki dan seorang wanita terbunuh, dan mereka dipercayai warga Jerman, lapor Agensi Akhbar Austria.
Pesawat itu telah berlepas untuk penerbangan pergi balik dari lapangan terbang di Oberschleissheim, dekat Munich.
Tiada maklumat segera mengenai punca nahas.
AP