Sekurang-kurangnya 6 cedera dalam kebakaran besar di kilang penapisan di Iran

TEHRAN — Sekurang-kurangnya enam orang cedera dalam kebakaran besar di sebuah kilang penapisan di wilayah barat daya Iran, Khuzestan malam Selasa, lapor agensi berita separuh rasmi Tasnim.

Antara yang cedera, dua mengalami melecur melebihi 80 peratus, menurut Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Iran.

Kebakaran bermula akibat pelanggaran sebuah lori tangki dengan tangki petrol di kilang penapisan Pars Petro di Daerah Shushtar, lapor Tasnim, memetik gabenor daerah itu Seyyed Mohsen Seyyed Mousavi.

Sejurus selepas kejadian itu dilaporkan, anggota bomba dihantar ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal, tetapi pasukan masih berjaga-jaga, kata gabenor.

“Setakat ini tiada sesiapa yang maut,” kata Ali Abdollahi, ketua pengarah jabatan pengurusan krisis Khuzestan, sambil menambah bahawa kegagalan mematuhi langkah keselamatan semasa mengisi bahan api menyebabkan kebakaran.

XINHUA

JERUK MANGGA PAPA LARIS 2.0 (Beli 4 Pack Percuma 1 Tudung – Stock Terhad)
MINYAK WANGI WANITA EDP (PALING LARIS 2025)
KACANG GAJUS GORENG cashew nut gajus goreng 1kg nuts gajus ekonomi
16/20/24 Inch Abs Hardshell Lightweight Carry On Suitcase Luggage GY beg bagasi