SHAH ALAM – Mayat seorang lelaki tempatan dijumpai selepas banjir dipercayai maut akibat renjatan elektrik di Kampung Padang Jawa, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.11 petang.
“Siasatan awal mendapati, mangsa ditemui di dalam sebuah lot rumah satu tingkat di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Sebelum ini, dilaporkan lelaki warga Sri Lanka ditemui maut bersama seekor anjing di sebuah stor menyimpan barang-barang pembinaan di Taman Alam Indah, Seksyen 25, Shah Alam.
BH ONLINE