SHAH ALAM — Seramai 21 mangsa cedera termasuk enam parah, selepas bas milik pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang dinaiki mereka bertembung motosikal di Jalan Simpang Morib Kampung Kelanang dekat Kuala Langat di sini, tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan terbabit pada jam 1.07 petang tadi.
“Menurut laporan komander operasi, kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan sebuah bas milik pejabat SUK Selangor yang terbabas ke dalam parit sedalam kira-kira dua meter.
BH ONLINE