KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai kanan sebuah pertubuhan di negeri itu kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM14,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan pada 5 petang semalam, selepas diminta hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sumber itu berkata, kedua-dua pegawai kanan itu menerima wang terbabit sebagai dorongan melantik dan mendapatkan kerja pembekalan peralatan serta kelengkapan komputer untuk pertubuhan berkenaan.

“Kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan itu di antara Januari hingga Mac 2023 dengan memperoleh suapan secara pindahan wang ke akaun bank masing-masing,” katanya.

Sumber itu berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari hingga 12 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

BH ONLINE – BERNAMA

LATEST POSTS