KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pesara selepas disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butiran mantan palsu berjumlah RM60,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 60-an itu ditahan jam 9.45 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Keningau.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara Mac 2020 hingga Ogos 2021.

“Suspek juga disyaki mengemukakan dokumen tuntutan elaun penugasan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas nama anak dan isterinya sedangkan mereka tidak pernah hadir bertugas,” katanya.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan suspek dijangka dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, pada 14 Mac ini,” katanya.

BH ONLINE


Facebook Posts

3 days ago

Berita Free

(Hot Dealz)Tudung Bawal Sulam Cotton SOPHIA Embroidery Premium Plain Scarf // Tudung Hijab Veil Sulam Klasik Ready Stocks.shopee.com.my/30ZsFUkZWf

See MoreSee Less

View on Facebook