Suspek kes bunuh 3 sekeluarga ditahan, akan direman pagi ini

Keadaan rumah didiami tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Kampung Paya Redan, Pagoh, Jumaat lalu. – Foto NSTP

MUAR — Selepas hampir seminggu diburu, suspek kes bunuh dan bakar rumah yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh, Jumaat lalu, berjaya ditahan polis.

Suspek berusia 48 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar di sini, pagi ini, untuk permohonan reman.

Lelaki yang masih bujang itu antara individu yang dikehendaki polis susulan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa yang terkorban ialah warga emas, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82: isterinya, Ara Abd Hamid, 76: dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.

Noradriana selamat dikebumikan Sabtu lalu, manakala jenazah datuk dan neneknya masih di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas kedua-dua rentung hampir 100 peratus.

Siasatan polis pada awalnya sebagai kes mati mengejut, namun kemudiannya diklasifikasikan kes bunuh.

Ia susulan laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah terbabit yang didapati terdapat unsur jenayah.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302, Seksyen 436 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

“Suspek ditahan akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman hari ini,” katanya.

Difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung penangkapan suspek dalam masa terdekat.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear