BAITULMAQDIS – Tentera Israel pada Isnin berkata bahawa ia memintas peluru berpandu dilancarkan dari Yaman sebelum menyeberang ke wilayah Israel.

“Susulan siren yang berbunyi sebentar tadi di tengah Israel, peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman telah dipintas oleh IAF (angkatan udara) sebelum menyeberang ke wilayah Israel,” kata tentera dalam satu kenyataan.

Penyedia perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom, melaporkan ia tidak menerima laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa setakat ini.

AN-AFP