
TOKYO – Tiga orang maut selepas sebuah helikopter perubatan terhempas ke dalam laut di barat daya Jepun, kata pengawal pantai pada Isnin.
Seramai enam penumpang menaiki helikopter itu menuju ke sebuah hospital di bandar Fukuoka dari Pulau Tsushima di wilayah Nagasaki pada petang Ahad.
Ryuji Tominaga, ketua hospital, memberitahu wartawan, kemalangan itu “sangat menyayat hati”.
Beberapa jam selepas terputus komunikasi, enam penumpang itu ditemui oleh sebuah kapal peronda bersama helikopter terbabit.
Pesakit berusia 86 tahun, ahli keluarganya berusia 68 tahun dan doktor berusia 34 tahun tidak bertindak balas dan kemudian disahkan meninggal dunia, kata pengawal pantai Jepun.
Tiga orang lain, yang ditemui berpegang pada helikopter itu, dalam keadaan sedar, tambahnya.
Seorang pegawai dari pengendali helikopter berkata pada Isnin bahawa juruterbang dan mekanik di atas pesawat itu berpengalaman dan cuaca nampaknya tidak menjadi masalah untuk penerbangan itu.
Jawatankuasa Keselamatan Maritim kebangsaan akan menjalankan siasatan, tambahnya.
Menurut harian Asahi Shimbun, sebuah helikopter dikendalikan oleh syarikat yang sama terhempas ke tanah ladang di wilayah Fukuoka, mengorbankan dua orang di dalamnya, pada Julai tahun lalu.
AN-AFP