PEKAN – Seorang pelajar 12 tahun lemas apabila cuba menyelamatkan adik dan rakannya daripada tenggelam ketika mandi di bekas lombong Kampung Meranti di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang Ridzuwan Abdullah, 12, yang maut bersama adiknya Akmal Ikwan, 11, serta tiga rakan dikatakan pergi mandi di lombong itu selepas memancing di parit berdekatan kampung mereka.

Difahamkan itu kali pertama mereka mandi di lombong yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah.

Adik mangsa dan seorang rakan dikatakan hampir lemas menyebabkan mangsa menarik tangan mereka ke tebing tetapi dia tenggelam selepas itu.

Sementara itu bapa mangsa, Azmi Khalid, 39, berkata kali terakhir dia bertemu arwah ialah ketika menghantar anak sulung daripada tiga beradik itu ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu, Nenasi.

“Tidak ada perubahan ketara dapat dilihat cuma arwah ada menyatakan pada isteri dia bermimpi ada majlis kenduri diadakan di rumah mereka.

“Saya tidak menyangka episod hitam berlaku pada kami sekeluarga menjelang Ramadan kali ini, saya mengucapkan terima kasih pada pihak banyak membantu menguruskan jenazah,” katanya.

BH ONLINE


Facebook Posts

4 days ago

Berita Free

(Hot Dealz)Tudung Bawal Sulam Cotton SOPHIA Embroidery Premium Plain Scarf // Tudung Hijab Veil Sulam Klasik Ready Stocks.shopee.com.my/30ZsFUkZWf

See MoreSee Less

View on Facebook