Van jenazah dikejar penduduk

KAJANG — Salah faham menyebabkan sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah van jenazah yang disangka dicuri dan terbabit dalam kes pecah rumah sekitar daerah ini.

Rakaman video kejadian itu tular di aplikasi TikTok, memaparkan penduduk bermotosikal mengejar kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata lelaki berusia 35 tahun yang memandu van jenazah itu sudah membuat laporan berhubung kejadian, jam 3.58 petang semalam.

“Lelaki itu memandu van jenazah ke satu kawasan perumahan di daerah ini untuk dihantar kepada seorang mekanik, tapi tersalah alamat. Dia terpaksa memandu perlahan untuk mencari tempat yang sebenar.

“Tindakannya memandu perlahan menyebabkan salah faham sehingga dia ditahan sekumpulan lelaki yang menuduhnya memandu kenderaan curi dan terbabit dalam kes pecah rumah di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kumpulan penduduk terbabit dikatakan cuba menyerang dan mengejar lelaki berkenaan dengan membawa senjata kayu serta besi, menyebabkan pemandu melarikan diri bersama van jenazah berkenaan,

“Semakan polis mendapati tiada sebarang laporan kehilangan van jenazah dilaporkan, malah nazir sebuah masjid juga mengesahkan dia menyerahkan van kepada lelaki itu untuk dibaiki,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998, bersabit video tular yang mendatangkan kegusaran kepada orang ramai.

Naazron menasihatkan masyarakat tidak membuat spekulasi atau kenyataan tidak benar di media sosial, terutama yang boleh mendatangkan kekeliruan atau mengganggu ketenteraman awam.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang cuba menyebarkan maklumat dan berita tidak benar,” katanya.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear