ABUJA — Sekurang-kurangnya 21 orang dilaporkan terbunuh setakat ini dalam wabak taun di negeri Lagos, barat daya Nigeria, kata seorang pegawai pada Khamis.

Kemi Ogunyemi, penasihat khas kesihatan kepada kerajaan negeri, memberitahu pemberita, sekurang-kurangnya 401 kes telah dilaporkan pada bulan ini sahaja disebabkan wabak di hab ekonomi negara itu, meminta usaha bersepadu untuk memerangi wabak itu.

Ogunyemi mengaitkan lonjakan jumlah kes yang disyaki dan kematian berikutan perhimpunan sambutan hari raya (eid) diadakan baru-baru ini di negeri itu, berkata “peningkatan kes telah dijangkakan.”

Kerajaan Lagos terus “mengumpul sampel sumber air, makanan, dan minuman bagi mengenal pasti punca pencemaran,” katanya, sambil menambah bahawa aktiviti pengawasan dalam komuniti tempatan telah dipergiatkan, terutama di kawasan kerajaan tempatan yang terjejas.

XINHUA