Wanita hidup tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang

IPOH — Seorang wanita kini hidup tertekan apabila bekas kekasihnya sering kali mengugut untuk menyebarkan gambar bogelnya jika tidak menyerahkan wang yang diminta.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, susulan laporan diterima daripada wanita berusia 20-an itu di sini, polis kini sedang giat mengesan suspek.

Katanya, ugutan secara bersiri itu dibuat membabitkan nilai keseluruhan RM2,000.

“Sekarang ia masih dalam siasatan di mana subjek (suspek) sedang kita kesan yang mana dia dipercayai berada di luar dari Ipoh, sebelum sebarang tindakan diambil.

“Ugutan itu diterima mangsa secara bersiri. Umpamanya hari ini dia (suspek) meminta RM50, dan esok mungkin diminta pada jumlah lain. Jadi kita syak suspek ini juga mungkin terbabit dengan perkara lain yang melanggar undang-udang,” katanya pada sidang media kejayaan operasi menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Azizi justeru mengambil kesempatan untuk menasihatkan masyarakat di luar sana tidak terlalu mempercayai pasangan atau kekasih sendiri sehingga sanggup mendedahkan bahagian anggota tubuh badan yang kemudiannya dapat dijadikan senjata bagi memenuhi keinginan peribadi.

“Kepada yang ada teman lelaki atau teman wanita, nasihat saya jangan sesekali mendedahkan apa-apa bahagian tubuh badan yang kemudiannya boleh dijadikan ‘senjata’ khususnya bila mereka sudah bergaduh, dengan mendedahkan perkara tidak sepatutnya.

“Tentu saja dia (suspek kes) ini difahamkan mengugut teman wanitanya untuk mendapatkan wang, dan bila wang tidak dapat maka dia mengugut untuk menyebarkan gambar-gambar yang seksi-seksi itu,” katanya.

Sementara itu, Azizi berkata, pihaknya melihat ‘trend’ bagi kebanyakan jenayah yang berlaku di Perak lazimnya dilakukan oleh suspek terhadap mangsa yang mereka kenali.

Katanya, justeru kesedaran itu mahu diterapkan oleh pihaknya menerusi kerjasama dengan agensi lain termasuk institusi masjid dan sebagainya.

“Kita lihat sekarang ini di Perak kebanyakan jenayah membabitkan ugutan, seksual, dan kekerasan selalunya dilakukan oleh kalangan mereka yang kenal (dikenali oleh mangsa).

“Ada yang membabitkan keluarga termasuk saudara mara di kampung seperti ibu dan bapa saudara. Jadi kesedaran inilah yang polis bersama dengan agensi lain sedang usahakan seperti dengan membuat penerangan di masjid dan sekolah untuk mengingatkan supaya cakna walaupun terhadap orang yang paling rapat,” katanya.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear