CHENGDU — Seorang berjaya diselamatkan dan lima lagi masih hilang setakat 11 pagi Sabtu selepas jambatan terowong runtuh akibat banjir kilat dan gelongsoran lumpur di wilayah Sichuan, barat daya China.

Runtuhan itu menyebabkan tiga kenderaan jatuh, membawa seramai enam orang, kata pihak berkuasa tempatan. Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.

Jambatan yang menghubungkan dua terowong di lebuh raya itu runtuh sekitar jam 3:30 pagi Sabtu di bahagian antara Bandar Kangding dan Daerah Luding di lebuh raya Ya’an-Kangding, menurut jabatan publisiti Wilayah Autonomi Tibet Ganzi.

Sehingga tengah hari, lebih 150 penyelamat, 10 kenderaan, 10 unit peralatan menyelamat, satu kenderaan udara tanpa pemandu dan satu helikopter telah dihantar ke lokasi.

XINHUA