COLOMBO — Seorang pekerja maut dan 19 cedera pada pagi Isnin, berikutan letupan dandang di sebuah kilang di Badalgama di barat Sri Lanka.

Si mati berusia 52 tahun dan yang cedera sedang dirawat di hospital berdekatan, kata polis.

Polis berkata, letupan berlaku disebabkan tekanan berlebihan dalam dandang semasa ia beroperasi.

XINHUA