NEW DELHI — Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera pada Khamis akibat dipanah petir di negeri Bengal Barat di timur India, kata pegawai.

Korban dalam serangan kilat dilaporkan di daerah Malda, kira-kira 327 km utara Kolkata, ibu kota Bengal Barat.

Pegawai berkata, semua mangsa berada di luar rumah mereka bekerja di kebun dan ladang ketika petir menyambar mereka.

XINHUA