TEHRAN – Dua hakim kanan terbunuh pada pagi Sabtu dalam serangan tembakan di Mahkamah Agung Iran di tengah Tehran, lapor agensi berita Mizan badan kehakiman Iran.

Mizan berkata, dua hakim itu ialah Ali Razini, ketua Cawangan 39, dan Mohammad Moghiseh, ketua Cawangan 53, Mahkamah Agung, dan penyerang membunuh diri sejurus selepas serangan itu.

Menggelar serangan itu sebagai “tindakan keganasan yang dirancang” yang dilakukan oleh “penyusup bersenjata,” Mizan berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dan menangkap mereka di sebalik tindakan “pengganas” itu.

Sementara itu, agensi berita separuh rasmi Fars, memetik sumber termaklum di polis Tehran, melaporkan bahawa penyerang itu adalah antara anggota perkhidmatan Mahkamah Agung.

Ia berkata seorang pengawal peribadi turut cedera dalam kejadian itu.

Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

XINHUA