TOKYO – Dua orang maut dan tiga lagi hilang selepas bot nelayan terbalik di Prefektur Ibaraki di timur Jepun awal Isnin, lapor media tempatan.

Bot nelayan yang dinaiki 20 orang itu terbalik pada kira-kira 2:05 pagi waktu tempatan di luar pelabuhan di Kashima di Prefektur Ibaraki, timur laut Tokyo, lapor Kyodo News, memetik pihak berkuasa tempatan.

Lima belas orang diselamatkan, dan mayat dua lelaki berusia 50-an dan 60-an ditemui, yang disahkan meninggal dunia kemudian, kata laporan itu.

Pengawal Pantai Jepun percaya bot itu mungkin terbalik kerana terlalu banyak ikan tersangkut dalam pukat menyebabkan ia hilang keseimbangan.

Pengawal pantai dan yang lain meneruskan pencarian mereka yang hilang.

XINHUA