BAGHDAD – Dua pengawal sempadan Iraq terbunuh dan seorang cedera pada Jumaat dalam serangan militan PKK dekat sempadan Iraq-Turki di wilayah separuh autonomi Kurdistan Iraq, kata Kementerian Dalam Negeri Iraq dalam satu kenyataan.
Serangan itu berlaku apabila militan PKK melepaskan tembakan ke arah pengawal sempadan Iraq yang ditugaskan untuk mengawal kawasan sempadan Iraq-Turki dekat pekan Zakho di wilayah Duhok, kata kenyataan itu.
Iraq menganggap PKK sebagai organisasi diharamkan dan tidak membenarkannya beroperasi di wilayahnya.
Tentera Turki kerap melakukan operasi rentas sempadan menyasarkan militan PKK di utara Iraq, dengan tumpuan khusus di Pergunungan Qandil, kubu kuat kumpulan itu.
PKK, yang ditetapkan sebagai organisasi pengganas oleh Türkiye, Amerika Syarikat, dan Kesatuan Eropah, telah memberontak terhadap kerajaan Turki selama lebih tiga dekad.
XINHUA