TEHRAN — Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh dan 17 lagi cedera pada Jumaat dalam kebakaran di wilayah Gilan, utara Iran, lapor Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA).
Kebakaran berlaku pada awal pagi di sebuah pusat pemulihan di Daerah Langarud, ISNA memetik Timbalan Gabenor Gilan bagi Hal Ehwal Politik, Keselamatan dan Sosial Mohammad Jalaei sebagai berkata.
XINHUA