LHASA — Tiga puluh dua orang disahkan maut dan 38 cedera semasa gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggegarkan Daerah Dingri di bandar Xigaze Wilayah Autonomi Xizang pada 9:05 pagi Selasa (Waktu Beijing), menurut ibu pejabat bantuan bencana wilayah.

Pusat gempa dipantau pada 28.5 darjah lintang utara dan 87.45 darjah bujur timur. Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 km, menurut laporan dikeluarkan oleh Pusat Rangkaian Gempa Bumi China.

XINHUA