HOUSTON – Enam orang cedera dan sekurang-kurangnya 24 rumah rosak selepas sebuah rumah dua tingkat meletup pada Ahad di Austin, ibu kota negeri Texas AS, kata pihak berkuasa.
Apabila anggota bomba tiba di kawasan kejiranan di barat laut Austin, mereka mendapati rumah itu rata ke tanah dan sebuah rumah berjiran mengalami “kerosakan runtuhan teruk,” kata Wayne Parrish, ketua bahagian Jabatan Bomba Austin.
Antara yang cedera, dua dalam keadaan kritikal, manakala dua anggota bomba dirawat kerana cedera ringan, kata Kapten Shannon Koesterer dari Austin-Travis County EMS.
Punca letupan masih tidak diketahui. Walaupun kejiranan itu tidak mempunyai saluran gas bawah tanah, rumah yang baru dibina yang meletup itu mempunyai tangki propana, lapor media tempatan.
Siasatan sedang dijalankan.
XINHUA