BAGHDAD – Enam orang, termasuk pelajar, cedera pada Ahad dalam insiden tembakan di dalam sebuah universiti swasta di ibu negara Iraq, Baghdad, kata sumber dari Kementerian Dalam Negeri Iraq.

Kejadian berlaku sekitar tengah hari apabila seorang pelajar Universiti al-Esraa di kejiranan Karrada memasuki kampus dan melepaskan tembakan dengan pistol, mencederakan empat pelajar, seorang guru universiti dan seorang pengawal, kata sumber itu kepada Xinhua dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Penyerang cuba melarikan diri dari tempat kejadian tetapi pasukan keselamatan menahannya dan merampas pistolnya, kata sumber itu.

Pasukan keselamatan Iraq telah melancarkan siasatan ke atas insiden itu, tambah sumber itu.

XINHUA