LUANDA — Enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera pada Jumaat dalam kemalangan jalan raya di selatan Angola, lapor Agensi Akhbar Angola pada Sabtu.

Tayar depan kiri pecah menyebabkan kenderaan itu terbalik di wilayah selatan, Huila, mengorbankan lima orang di tempat kejadian. Dan seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaan dalam perjalanan ke hospital, kata laporan itu.

Mereka yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Pusat Lubango di Lubango, ibu kota wilayah Huila.

XINHUA