NEW DELHI, 14 Okt — India memutuskan pada Isnin untuk mengusir enam diplomat Kanada dan menarik balik dutanya sendiri dari Kanada, selepas perbalahan diplomatik baharu tercetus antara kedua-dua negara, menurut laporan media.

New Delhi dan Ottawa terlibat dalam perbalahan diplomatik pada September 2023, selepas Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mendakwa ejen India memainkan peranan dalam pembunuhan Hardeep Singh Nijjar, seorang pemimpin pemisah Sikh, dekat Vancouver pada Jun.

India secara terang-terangan menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai “tidak masuk akal dan bermotif.”

Ia diikuti dengan pengusiran diplomatik antara kedua-dua pihak.

XINHUA