DAMSYIK — Serangan udara Israel menyasarkan lintasan Jusiyah di sempadan Syria-Lubnan pada malam Sabtu, menyebabkan kerosakan, lapor akhbar dalam talian Al-Watan, Syria.
Butiran mengenai kematian atau kerosakan tidak tersedia serta-merta, dan tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa Syria.
Kawasan Jusiyah telah menjadi tapak ketegangan kerana lokasinya yang strategik. Ia terkenal dengan pergerakan anggota Hizbullah antara Syria dan Lubnan.
Serangan ini berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di rantau itu, dengan Israel meningkatkan serangan terhadap apa yang dianggapnya sebagai sasaran Hizbullah di Lubnan.
XINHUA