BEIJING — Bilangan pengguna internet di China mencecah 1.1 bilion menjelang Disember 2024, meningkat 16.08 juta daripada tahun sebelumnya, menurut laporan perindustrian mengenai pembangunan internet negara dikeluarkan pada Jumaat.
Laporan oleh Pusat Maklumat Rangkaian Internet China mendedahkan penembusan internet di China mencapai 78.6 peratus pada 2024, 30 tahun selepas negara itu disambungkan sepenuhnya ke internet global.
China kini mempunyai infrastruktur internet terbesar di dunia, dilengkapi dengan teknologi canggih, memacu pertumbuhan pesat ekonomi digitalnya, menurut laporan itu.
XINHUA