MELAKA – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas lapan pertuduhan memberi rasuah kepada rakan lain untuk tidak bertindak terhadap pengusaha lori lebih muatan, enam tahun lalu.

Che Fadzlie Izwan Che Johari, 38, dipanggil membela diri pada 21 Oktober tahun lalu atas lapan pertuduhan dan pendakwaan menggunakan elemen anggapan (sesuatu suapan diterima secara rasuah) mengikut Seksyen 50 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang terpakai bagi pertuduhan Seksyen 16(b)(B) akta sama.

Hakim Elesabet Paya Wan keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi pembelaan, pendakwaan dan hujah kedua-dua pihak.

“Enam saksi pembelaan memberi keterangan termasuk tertuduh dan selepas meneliti semuanya, mahkamah mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan mematahkan ‘anggapan’, sebaliknya pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Oleh itu, tertuduh didapati bersalah atas lapan pertuduhan dan disabitkan,” katanya ketika memberikan penghakiman lisan di akhir kes pembelaan, hari ini.

Bagi setiap pertuduhan, mahkamah menjatuhkan hukuman satu tahun penjara dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula serentak dari tarikh keputusan manakala denda keseluruhan berjumlah RM80,000.

Che Fadzlie Izwan didakwa memberi suapan antara RM400 hingga RM900 kepada tiga individu di JPJ Melaka sebagai upah tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan melebihi muatan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di JPJ Melaka Bukit Katil termasuk di parkir dan Bahagian Penguatkuasaan antara 1 Januari 2019 hingga 31 Januari 2020.

Dia dituduh mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir, memohon hukuman berat dikenakan sebagai peringatan dan amaran kepada tertuduh dan masyarakat bahawa kesalahan rasuah adalah serius.

Terdahulu, peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh dan Nuradzlyn Sharmine Azrin Sham merayu hukuman ringan atas beberapa alasan termasuk ia kesalahan pertama anak guam mereka yang kini menerima separuh gaji dan melakukan pelbagai kerja termasuk mekanik bagi menyara isteri dan tiga anak masih bersekolah.

Peguam turut memohon pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di mahkamah tinggi, namun dibantah Mohamad Asyraf yang mencadangkan jaminan dinaikkan daripada RM12,000 kepada RM22,000 jika mahkamah mahu menggunakan budi bicara.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan syarat pembelaan memfailkan notis rayuan hari ini dan jumlah jaminan dinaikkan kepada RM22,000.

BH ONLINE


Facebook Posts

4 days ago

Berita Free

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Berita Free

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampung

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Berita Free

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Berita Free

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Berita Free

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook