SARAJEVO, 14 Okt — Lebih banyak mayat akibat banjir besar di Bosnia dan Herzegovina (BiH) ditemui, menjadikan jumlah kematian kepada 26, menurut pihak berkuasa perlindungan awam BiH pada Isnin.

Sekurang-kurangnya 26 orang kehilangan nyawa di kawasan tengah BiH, dengan Jablanica, Konjic dan Fojnica menjadi yang paling teruk dilanda banjir kilat disebabkan hujan lebat berhari-hari.

Operasi mencari masih dijalankan di Konjic di mana empat orang maut dan seorang masih hilang.

Usaha untuk memulihkan perkhidmatan kereta api di kawasan dilanda banjir diteruskan selepas kerosakan besar akibat banjir. Pihak berkuasa menganggarkan mungkin mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk membaiki bahagian sepanjang 17 kilometer antara Donja Jablanica dan Grabovica.

XINHUA