BERLIN – Angka kematian akibat hotel runtuh pada Selasa di Jerman meningkat kepada dua, kata pihak berkuasa tempatan pada Rabu.
Dua orang yang maut dalam keruntuhan sebahagian hotel di daerah Bernkastel-Wittlich di barat daya Jerman ialah seorang wanita dan seorang lelaki, kedua-duanya warganegara Jerman, kata Jorg Teusch, pemeriksa kebakaran dan perlindungan bencana bagi daerah Bernkastel-Wittlich.
Menurut pihak berkuasa polis, kemalangan itu berlaku sekitar jam 10.55 malam waktu tempatan (2055 GMT) Selasa.
Keesokan paginya, anggota penyelamat mengeluarkan empat individu daripada serpihan itu, termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang wanita.
XINHUA