RIO DE JANEIRO — Angka kematian akibat kemalangan jalan raya di tenggara Brazil, Minas Gerais meningkat kepada 38 orang, dengan 13 yang lain cedera, lapor pihak berkuasa tempatan pada Sabtu.

Kemalangan membabitkan bas, trak dan kereta berlaku pada awal pagi di perbandaran Teofilo Otoni. Ia berlaku apabila bongkah granit besar terjatuh dari muatan lori ke atas jalan, menyebabkan bas itu berlanggar dengan lori di arah bertentangan. Sebuah kereta yang mengekori bas itu kemudian merempuhnya dari belakang, menurut Polis Lebuhraya Persekutuan.

Majoriti kematian berpunca daripada kebakaran yang menyambar bas selepas perlanggaran, kata polis.

XINHUA