SANTIAGO, 26 Mac – Empat orang, termasuk dua kanak-kanak bawah umur, maut awal Rabu selepas kebakaran berlaku di sebuah kem di ibu negara Chile, Santiago, lapor media tempatan, memetik maklumat daripada pasukan polis tentera Carabineros.
Menurut Lt Kol Christian Bichett, kebakaran bermula selepas tengah malam Selasa di sebuah rumah di daerah Cerrillos, di barat daya Santiago.
“Kami dimaklumkan oleh anggota bomba dan penduduk kem El Esfuerzo bahawa kebakaran sedang marak di sebuah rumah satu tingkat, dan akibat kebakaran itu, malangnya bumbung runtuh, mengakibatkan empat kematian,” kata Bichett.
Mangsa maut termasuk dua dewasa dan dua bawah umur, semua ahli keluarga Haiti yang tinggal di lokasi itu, katanya.
“Pihak bomba sedang menyiasat punca kebakaran, sama ada elektrik atau sesuatu yang lain,” tambah Bichett.
XINHUA