BAITULMAQDIS – Pejuang Houthi Yaman pada Selasa berkata mereka akan memperluaskan jangkauan sasaran mereka di Israel dalam beberapa jam dan hari berikutnya melainkan “pencerobohan” di Gaza berhenti.

Jurucakap tentera kumpulan bersekutu Iran itu, Yahya Sarea juga mengesahkan mereka telah menyasarkan pangkalan udara di Israel dengan peluru berpandu balistik.

Sebelum ini, tentera Israel berkata ia telah memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman ke arah wilayah Israel. Siren telah berbunyi di beberapa kawasan di Israel.

Kumpulan Houthi telah berulang kali melepaskan dron dan peluru berpandu ke arah Israel dalam apa yang disifatkannya sebagai tindakan solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza.

Penembakan peluru berpandu itu berlaku selepas Israel menyambung semula serangan udara terhadap sasaran di Gaza yang membunuh lebih 400 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin, dalam serangan yang mengakhiri beberapa minggu tenang selepas rundingan untuk mendapatkan gencatan senjata kekal terhenti.

“Yaman, kepimpinannya, rakyat dan tenteranya tidak akan berdiam diri sambil menyaksikan semua pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat kita di Gaza,” kata Sarea dalam ucapan di televisyen.

REUTERS


Facebook Posts

5 days ago

Berita Free

(Hot Dealz)Tudung Bawal Sulam Cotton SOPHIA Embroidery Premium Plain Scarf // Tudung Hijab Veil Sulam Klasik Ready Stocks.shopee.com.my/30ZsFUkZWf

See MoreSee Less

View on Facebook