COLOMBO – Dua warga Sri Lanka maut dan tiga hilang setakat Jumaat akibat bencana alam dicetuskan hujan lebat, kata Pusat Pengurusan Bencana (DMC) negara itu.

DMC melaporkan lebih 92,382 orang daripada 27,733 keluarga terjejas oleh keadaan cuaca buruk.

Jabatan Meteorologi memberi amaran hujan lebat melebihi 75 milimeter dijangka berlaku di banyak tempat di negara ini pada Sabtu.

Kerajaan sedang mengambil semua langkah perlu untuk membantu mereka terjejas oleh cuaca ekstrem, tambah DMC.

XINHUA