BEIRUT – Israel mengebom kedudukan tentera Syria di selatan Aleppo pada Khamis, serangan terbaharu seumpama itu sejak penggulingan orang kuat lama Bashar Assad, pemantau perang dan penduduk tempatan berkata.

Penduduk melaporkan mendengar letupan besar di kawasan itu, manakala Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata serangan itu menyasarkan kemudahan pertahanan dan penyelidikan.

Pemerhati itu berkata “sekurang-kurangnya tujuh letupan besar kedengaran, akibat daripada serangan udara Israel ke atas kilang pertahanan… di selatan Aleppo”.

Tiada maklumat segera sama ada serangan itu menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

TV kerajaan Syria juga melaporkan serangan Israel di Aleppo tanpa memberikan butiran.

Seorang penduduk di kawasan Al-Safira memberitahu AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan: “Mereka menghentam kilang pertahanan, lima serangan… Serangan itu sangat kuat. Ia membuatkan tanah bergegar, pintu dan tingkap terbuka — serangan paling kuat pernah saya dengar… Ia menjadikan malam kepada siang.”

Sejak tentera pembangkang menggulingkan Assad pada awal Disember, Israel telah melakukan ratusan serangan ke atas aset tentera Syria, dengan mengatakan ia bertujuan untuk menghalang senjata tentera daripada jatuh ke tangan musuh.

AN-AFP