
WASHINGTON – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Israel pada Sabtu memberi amaran kepada rakyat Amerika di sana supaya mengelak perhimpunan besar-besaran dan bersedia untuk mencari perlindungan berikutan peningkatan konflik di negara itu.
“Persekitaran keselamatan adalah kompleks dan boleh berubah dengan cepat,” kata kedutaan itu dalam amaran disiarkan di laman webnya. “Berhati-hati dengan persekitaran anda.”
Amaran itu datang ketika tentera Israel berkata ia menyerang sasaran Hizbullah di Lubnan dalam gelombang kedua serangan, selepas memintas roket yang dilepaskan dari seberang sempadan pada awal hari itu.
Israel juga telah menyaksikan beberapa siri bantahan besar dalam beberapa hari kebelakangan ini berhubung usaha Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk memecat ketua perkhidmatan perisikan domestik Shin Bet.
AN – REUTERS, 22 Mac 2025